Popular Posts

Wednesday, December 19, 2018

wanita & aurat

PENGERTIAN AURAT
Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama.
 PERINTAH MENUTUP AURAT
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.
Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani."

ASAS AURAT
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :
1. Aurat Ketika Sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2. Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
1.Suami
2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami
Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
8. Anak saudara dari saudara perempuan
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Hamba sahaya
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka,pipi,mulut,mata,bibir,hidung,kaki,betis,peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek,cincin,rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.
4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.
Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.
Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.
5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : " Tidak halal kaum wanita islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".
6. Aurat Ketika Bersama Suami
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.
Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.
Mu'awiyah bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: " Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

PAKAIAN DALAM ISLAM
Dalam membicarakan soal pakaian wanita, islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat
ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".
iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".
vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.
Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan Allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun. 
KESIMPULAN
Di antara tujuan berpakaian itu, ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian-bahagian yang tertentu. Jika mereka memilih pakaian yang semakin nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Justeru itu, tutuplah aurat dan berpakaianlah mengikut akhlak yang dianjurkan oleh islam.

Terbitan : Bahagian Pengurusan Dakwah,Jabatan Agama Islam Selangor. 

                                                                                    . واللهُ أعلَم

WANITA YANG DI DENGAR KELUHANNYA DARI LANGIT KETUJUH

Wanita mulia ini bernama Khaulah bintu Malik bin Tsa’labah bin Ashram bin Fahr bin Tsa’labah bin Ghannam bin ‘Auf bin ‘Amr al Anshariyah al Khazrajiyah. Ia adalah isteri dari Aus bin ash Shamit, seorang wanita yang mengajukan gugatan (kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang hukum) zhihar yang dilakukan oleh suaminya terhadapnya. Maka Allah menurunkan ayat-ayat pertama dalam surat al Mujadilah berkaitan dengan permasalahan wanita ini.
‘Aisyah Radhiyallahu anhuma berkata : Segala puji bagi Allah Yang pendengaranNya meliputi segenap suara. Sungguh telah datang seorang wanita yang mengajukan gugatan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , sedangkan aku berada di tepi rumah. Wanita itu mengeluhkan (sikap) suaminya, dan (sebagian) ucapannya yang bisa aku dengar. Maka Allah Ta’ala menurunkan ayat
قَدْ سَمِعَ الهُ قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا وَتَشْتَكِي إِلَى الهِl وَالهُs يَسْمَعُ تَحَاوُرَكُمَا إِنَّ الهَl سَمِيعٌ بَصِيرٌ
Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan yang memajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [ Al Mujadalah / 58:1] [1].
Khaulah mengisahkan,”Demi Allah, dalam (permasalahan)ku dan Aus bin ash Shamit, Allah Azza wa Jalla telah menurunkan awal ayat surat al Mujadilah. Kala itu, statusku adalah isterinya. Ia seorang laki-laki yang telah renta, perangainya telah berubah menjadi kasar dan suka membentak. Suatu hari, ia menemuiku. Kala itu aku membantahnya dengan sesuatu. Ia pun marah, lantas berkata,”Engkau ibarat punggung ibuku bagiku,”[2] lalu ia keluar dan duduk-duduk di tempat berkumpul kaumnya.
Beberapa saat kemudian ia masuk menemuiku, dan saat itu ia menginginkan diriku. Kukatakan kepadanya,”Sekali-kali tidak. Demi Dzat Yang jiwa Khaulah berada dalam genggamanNya. Janganlah engkau mendekatiku. Engkau telah mengucapkan apa yang telah kau ucapkan, sampai Allah memutuskan hukumNya dalam permasalahan kita,” lantas ia melompat hendak menangkapku. Aku pun menghindar darinya dan berusaha melawan dengan kekuatan seorang wanita menghadapi lelaki tua lagi lemah. Aku berhasil mendorong tubuhnya dariku. Kemudian aku keluar menemui tetangga wanitaku dan meminjam bajunya. Aku pergi menemui Rasulullah, lalu duduk di hadapannya. Aku ceritakan apa yang aku hadapai dengan suamiku, mengeluh kepada beliau tentang perilaku kasar suamiku.[3]
Rasulullah berkata,”Wahai Khuwailah, anak pamanmu itu adalah seorang laki-laki yang telah tua, maka bertaqwalah engkau kepada Allah terhadap suamimu.”
Aku berkata,”Demi Allah, aku tidak beranjak dari sisi beliau sampai turun al Qur`an. Ketika itu Rasulullah diliputi sesuatu dan diwahyukan kepada beliau. Lalu beliau berkata kepadaku,”Wahai, Khuwailah. Allah telah menurunkan firmanNya tentang permasalahanmu dan suamimu.” Beliau membaca ayat … -yaitu surat al Mujadalah / 58 ayat 1-4,.
Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadaku,”Perintahkan kepadanya, agar ia membebaskan seorang budak”.
Aku berkata,”Demi Allah, wahai Rasulullah. Dia tidak memilki seorang budak”.
Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata,”Kalau begitu, hendaklah ia berpuasa selama dua bulan berturut-turut.”
Aku berkata,”Demi Allah, wahai Rasulullah. Dia adalah seorang lelaki tua yang tidak sanggup lagi berpuasa.”
Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam kembali berkata,”Jika demikian, hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin dengan satu wasaq kurma.”
Aku berkata,”Demi Allah, wahai Rasulullah. Dia tidak memiliki kurma sebanyak itu.”
Akhirnya beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata,”Maka kami akan membantunya dengan sekeranjang kurma.”
Aku berkata,”Aku juga, wahai Rasulullah. Aku akan membantunya dengan sekeranjang lagi.”
Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata,”Perbuatanmu benar dan bagus. Pergilah dan bersedekahlah untuk suamimu. Dan berwasiatlah dengan anak pamanmu dengan baik,” maka aku pun melakukan perintah Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam .[4]
Para sahabat juga mengakui keutamaan dan keberanian wanita mulia ini dalam kebenaran, sepeninggal Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Para sahabat diam mendengarkan perkataannya, sebagai penghormatan terhadap wanita yang telah didengar pengaduannya oleh Allah.
Sebagai contoh, suatu hari Umar bin al Khaththab keluar bersama orang-orang. Lalu ia melewati seorang wanita tua. Wanita itu meminta ‘Umar untuk berhenti. ‘Umar pun berhenti, dan mereka berdua bercakap-cakap.
Seseorang berkata kepada Umar,”Wahai, Amirul Mu’minin, engkau menahan (perjalanan) orang-orang karena wanita tua ini.”
Mendengar seruan itu, ‘Umar menjawabnya : “Celakalah engkau! Tidakkah engkau tahu, siapa wanita ini? Dialah wanita yang telah didengar pengaduannya oleh Allah dari langit ke tujuh. Wanita ini adalah Khaulah bintu Tsa’labah yang Allah turunkan ayat tentang permasalahannya : ( قَدْ سَمِعَ اللَّه… ). Demi Allah, seandainya ia menahanku sampai malam, aku tidak akan meninggalkannya kecuali untuk shalat, kemudian aku menemuinya lagi”.
Juga diriwayatkan dari Qatadah, ia berkata : ‘Umar bin al Khaththab keluar dari masjid dan al Jarud al ‘Abdi sedang bersamanya. Tiba-tiba ada seorang wanita di tepi jalan. ‘Umar mengucapkan salam kepadanya, dan wanita itu menjawabnya.
Wanita itu berkata,”Wahai ‘Umar, dulu aku menemuimu saat engkau masih bernama Umair di pasar ‘Ukazh. Engkau menakut-nakuti anak-anak dengan tongkatmu. Hingga hari berlalu dan namamu berganti ‘Umar. Dan masa terus berlalu hingga engkau menjadi seorang Amirul Mu’minin. Maka bertaqwalah kepada Allah terhadap rakyatmu. Dan ketahuilah, barangsiapa yang takut ancaman Allah, dia akan merasakan bahwa siksa Allah itu amat dekat. Dan barangsiapa yang takut terhadap kematian, maka kematian itu pasti tidak akan luput darinya”.
Mendengar pembicaraan wanitu itu, al Jarud kemudian menimpalinya : “Sungguh engkau telah memperbanyak ucapan terhadap Amirul Mu’minin, wahai wanita”.
Tetapi ‘Umar justru berkata,”Biarkanlah ia! Tidakkah engkau mengenalinya? Wanita ini adalah Khaulah bintu Hakim, isteri Aus bin ash Shamit yang telah Allah dengar ucapannya dari atas langit yang ke tujuh. Maka ‘Umar sangat lebih layak untuk mendengar perkataannya.”[5]
Semoga Allah senantiasa melimpahkan keridhaanNya kepada Khaulah bintu Tsa’labah. (Hanin Ummu Abdillah)
(Sumber : ar Rijal wan-Nisaa` Haula ar Rasul, halaman 352-356, karya ‘Athif Shabir Syahin, Darul-Ghadul-Jadid, Mesir, Cet. I, Tahun 1424 H/2003 M)
[Disalin dari majalah As-Sunnah Edisi 09/Tahun X/1427H/2006M. Diterbitkan Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Jl9 Solo – Purwodadi Km.8 Selokaton Gondangrejo Solo 57183 Telp. 0271-761016]
                                                                                     . واللهُ أعلَم

KEDUDUKAN HAID MENURUT KACAMATA MANUSIA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

Haid bukanlah satu perkara yang mendatangkan keaiban/kehinaan bagi kaum hawa, bahkan ia merupakan satu tanda kebaikan yang  menunjukkan seseorang perempuan itu berada dalam keadaan sihat.

tetapi bagi kaum yahudi dan nasrani mereka memandang haid sebagai satu perkara yang mengaibkan dan mereka bersikap melampau dalam perkara ini. Golongan yahudi bertindak menyisihkan kaum perempuan semasa mereka datang haid dengan mengasingkan tempat tinggal mereka dan tidak makan bersama mereka.

Manakala, golongan nasrani  pula mengambil sikap tidak menghiraukan waktu haid. Mereka bersetubuh dengan isiteri mereka walaupun dalam keadaan haid dan tidak menghiraukan darah haid yang keluar.

Apabila kita melihat pandangan islam mengenai haid,kita akan mendapati ajaran islam adalah sederhana dan menepati fitrah semulajadi manusia, tidak terlalu ekstrim seperti yahudi dan tidak pula mengambil mudah seperti kaum nasrani. Ia dapat dibuktikan :

  Menurut Sheikh Imam Muhammad Razi Fakhruddin di dalam ktab tafsirnya iaitu Tafsir Fakhrur-Razi yang kebih dikenali dengan panggilan Tafsir Kabir pada menafsirkan ayat 222, surah Al- Baqarah:

﴿يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ﴾

"dan mereka bertanya kepada kamu  (wahai Muhammad), mengenai hukum haid. katakanlah: ''darah haid itu satu benda yang menjijikan dan mendatangkan mudharat."Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu. 

Jadi di sini jelaslah bahawa islam adalah agama yang amat praktikal dan bersesuai dengan fitrah manusia. Islam menjaga segalanya. Perempuan yang sedang haid mereka tidak perlu diasingkan dan mereka boleh menjalankan rutin harian mereka seperti biasa cuma semasa haid mereka tidak boleh disetubuhi. 

                                                                                  
                                                                                      . واللهُ أعلَم

10 Sifat Rabiatul Al-Adawiyah Untuk Diteladani


Rabia’tul binti Ismail Al-Adawiyyah adalah seorang wali atau orang yang dekat dengan Allah. Beliau lahir pada tahun 108 Hijrah berdekatan dengan Basrah, Iraq. Siapakah srikandi Islam yang telah menggegarkan sejarah ini? Mari kita telusuri kisah hidup dan sifatnya bagi diteladani sepanjang masa.

Rabia’tul Al-Adawiyah terkenal sebagai seorang penyair yang menukilkan pelbagai syair cinta dan rasa kehambaannya kepada Ilahi. Riwayat hidup tokoh yang telah menabur hikmah ini banyak dirakamkan seorang penulis bernama Fariduddin Attar.

Rabia’tul Al-Adawiyyah Seorang Yang Sabar Dan Redha
Semenjak kecil lagi, Rabia’tul Al-Adawiyah hidup dalam kesempitan hidup. Bagi menampung hidup, beliau sering membantu ayahnya mendayung sampan yang membawa penduduk menyeberangi Sungai Dajlah.

Kesusahan hidupnya semakin bertambah apabila sampan milik ayahnya dirampas penguasa dan Rabi’atul dijual menjadi hamba kepada raja.

Melazimi Taubat
Di istana, Rabia’tul menjadi penghibur yang digemari raja. Ada riwayat mengatakan beliau sudah terjebak dalam kancah dosa. Namun dengan limpah hidayah, beliau mulai insaf dan kembali mengingati Allah.

Pada saat kesunyian dan ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

Sekalian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan hiburannya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu.

Maka semoga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Bersyukur
Setelah menyedari kesalahannya, Rabi’atul Al-Adawiyah meninggalkan pentas hiburannya dan melazimi ibadah. Perbuatan itu menyebabkan raja menjadi berang dan menyeksanya dengan memberi kerja-kerja berat.

Namun setelah menyedari terdapat tanda-tanda kewalian yang ada pada Rabi’ah, raja telah membebaskannya dan menyesal atas perbuatan tersebut.

Rabi’atul Al-Adawiyah membuktikan kesyukurannya dengan meningkatkan amalan kerohaniannya. Dia dipimpin oleh seorang mursyid bernama Hassan Al-Basri dan akhirnya Rabia’tul Al-Adawiyah telah beriktikad untuk menghambakan diri sepenuh masa terhadap pencipta-Nya.

Bergantung Hati Kepada Allah
Ada petikan syair yang mengatakan betapa pasrahnya hati beliau akan Tuhan,

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Zuhud
Rabia’tul Al-Adawiyah menghabiskan sisa hidupnya untuk tinggal di dalam pondok kecil dan tidur berbantalkan serpihan tembikar dan berselimutkan tikar lusuh. Tiada sekelumit pun rasa keduniaan yang membenam dalam hatinya.

Zuhud dibahagikan kepada banyak perkara. Dalam kitab karangan Abu Nu’aim yang berjudul Hilyah al-Awliya’, terdapat dialog antara Hassan al-Bashri dan Rabia’tul Adawiyah mengenai rosaknya kezuhudan yang ada pada ahli ilmu.

“Apakah yang merosakkan zuhud?” soal Rabia’tul Adawiyah

“Cenderung memberi penafsiran ilmu dan pendapat ulama lalu menggunakannya sebagai pendapat yang tidak merugikan dirinya. Sehingga dia mulai mencintai dirinya sendiri.”

Kiranya zuhud tidak semestinya menjadi miskin namun tidak meletakkan keinginan yang melampau terhadap harta,manusia dan pangkat dalam hati kita.

Cinta Akan Allah
Antara tanda betapa beliau cinta akan Ilahi adalah melalui kuntuman syair-syairnya,

“Aku mencintaiMu dengan dua cinta,
Cinta karena diriku dan cinta karena diriMu
Cinta kerana diriku, adalah keadaan senantiasa mengingatMu,
Cinta kerana diriMu, adalah keadaanMu mengungkapkan tabir,
Hingga Engkau kulihat,
Baik untuk ini mahupun untuk itu Pujian bukanlah bagiku,
BagiMu pujian  untuk semua itu.”

Mengutamakan Akhirat
Suatu hari, seorang pencuri telah menyelinap masuk ke pondok Rabia’tul Al-Adawiyah. Kemudian dia mendapati tiada apa-apa barang berharga. Sebelum keluar, Rabia’tul muncul dan menyuruh pencuri itu mengambil bekas air milik beliau untuk berwuduk.

Kemudian pencuri itu menunaikan solat dua rakaat. Ternyata pencuri tersebut merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tidak pernah dirasa sebelum ini. Rabi’atul Adawiyah lantas berdoa,

“Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri di hadapanMu.

Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmatMu.”

Takut Akan Allah
Pernah sekali Rabia’tul Al-Adawiyah berdoa,

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya!

Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Berserah Diri
Menjelang akhir hayatnya, banyak sekali orang alim duduk mengelilinginya. Rabia’tul Al-Adawiyah meminta kepada mereka,

“Bangkit dan keluarlah; berikan jalan kepada pesuruh-pesuruh Allah Yang Maha Agung!” Maka, semua orang bangkit dan keluar, dan pada saat mereka menutup pintu, mereka mendengar suara Rabiah mengucapkan kalimat syahadat dan mereka mendengar sebuah suara,

“… Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu, berpuas-puaslah dengan-Nya. Maka masuklah bersama golongan hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.” Al-Fajr, ayat 27-30

Kesimpulannya, jadikan kisah seorang wali Allah ini sebagai teladan dengan mencontohi sifat-sifat yang ada padanya. Contohilah Rabia’tul Al-Adawiyah mengikut kemampuan yang ada pada kita selaku hamba yang lemah dan pendosa.



Fajrul Islam Fajrul Islam
3 years ago
  
                                                                                              واللهُ أعلَم.

Wanita teladan Dunia Akhirat

hai semuaa. Hari ini nak share 1 cerita yang berkaitan dengan srikandi muslimah islam yang patut kita contohi. Semoga kita semua dapat mengambil ibrah dari cerita ini.
 Cerita ini berkaitan dengan seorang wanita yang pertama memeluk islam iaitu Saidatina Khadijah bt Khuwailid.


Saidatina Khadijah binti Khuwailid adalah wanita pertama yang telah mendapat gelaran Umul Mukminin. Dialah wanita pertama yang bertakhta di hati Rasulullah s.a.w. dan berjaya menakluk hati Rasulullah dengan cinta yang tidak pernah kunjung padam.
Namanya sentiasa menjadi sebutan Rasulullah s.a.w. sehinggalah pada satu ketika Saiditina Aisyah r.a. menempelak dengan katanya, “Tidakkah ada wanita lain yang engkau sebut-sebut selain dari wanita tua yang sudah tiada lagi! Bukankah Allah telah menggantikannya dengan orang yang lebih baik?” Rasulullah s.a.w. merasa sangat tersinggung dengan kata-kata itu lalu dengan tegas Rasullulah s.a.w. menjelaskan:
“Wahai Aisyah: Demi Allah, tidak ada siapa yang dapat menggantikannya, jasanya, pengorbanannya tidak akan dapat ditandingi oleh sesiapapun, ketika tidak ada seorang pun yang beriman kepadaku. Dialah orang yang pertama beriman kepadaku. Ketika semua orang mengharamkan hartanya kepadaku, dialah antara orang yang mengorbankan segala hartannya untuk perjuanganku. Ketika aku dipersenda, dilanda oleh nestapa, dia meletakkan aku ditempat yang sangat mulia, dia dapat memberikan segala kegembiraan dan kasih sayang kepadaku. Dialah juga yang dapat melahirkan ramai anak-anak untukku.” Dan… ketika aku pertama kali didatangi Jibrail a.s. aku kebingungan, ketakutan… apakah yang akan berlaku kepada diriku, dia telah dapat mengembalikan ketenangan dihatiku, memberikan keyakinan bahawa… akulah Rasulullah yang ditunggu-tunggu untuk semesta alam.”
Mendengar ucapan itu sedarlah Saiditina Aisyah bahawa kata-katanya tadi adalah didorong oleh cemburu yang melulu dan mulai saat itu ia turut menyanjung tinggi keagungan Saidatina Khadijah r.a.

RUMAHTANGGANYA

Saiditina Khadijah sangat terkenal di kalangan kaumnya, kerana segala keistimewaan terkumpul pada dirinya, kecantikan, kebangsawanan, kebijaksanaan dan keluhuran budi pekerti.
Suaminya yang pertama bernama ‘Atik Almahfuzi, setelah mendapat seorang puteri, perkahwinan itu tidak kekal, tidak lama kemudian ia berkahwin pula dengan Abi Halaalah Altimi setelah dikurnikan seorang putera, perkahwinan ini juga tidak kekal. Selepas itu kira-kira 10 tahun lamanya Saidatina Khadijah tidak terfikir untuk berumahtangga lagi, walaupun ramai dikalangan pembesar-pembesar Quraisy, orang-orang kenamaan dan orang-orang kaya menghulur tangan mahu menjadikannya ratu dalam hidup mereka tetapi semuanya ditolak. Penolakan itu adalah disebabkan oleh sesuatu yang lebih besar dan sering memenuhi pemikirannya iaitu apa yang pernah didengarnya pada suatu hari sedang ia bersama-sama temannya seorang rahib datang mengatakan kepada mereka:
“Dengarlah wahai wanita, akan diutus seorang Nabi tidak lama lagi, barangsiapa diantara kamu yang ingin menjadi isterinya, buatlah.” Sambil ia tertawa, seolah-olah mempersendakan mereka. Wanita-wanita yang berada disitu menjadi marah hingga ada yang melontarkan batu kearah rahib itu, kecuali Saidatina Khadijah, kata-kata itu menusuk kalbunya, menggentarkan hatinya, benarkah itu, kalau benar mungkinkah aku menjadi isterinya, ya, akulah yang akan berdiri di sampingnya untuk memberi hidayah kepada kawannya yang telah jauh dari nilai insaniah yang sebenar, patung berhala, arak dan kezaliman bermaharajalela, bilakah akan lahir seorang Nabi untuk mengembalikan manusia ke jalan kebenaran… demikianlah bisikan hatinya selalu.

DETIK-DETIK PERTEMUAN DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

Dalam kesibukan menguruskan perniagaannya, mencari pengurus-pengurus yang benar-benar bijak dan amanah, Saidatina Khadijah terfikir kepada pemuda Al-Amin di kalangan kaumnya, ia tidak ada sebarang cacat celanya, rupa paras atau tingkah lakunya.
Melalui orang-orangnya ia menawar kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk menguruskan perniagaannya ke negeri Syam dengan bayaran berlipat ganda dari biasa dan Maisara akan menjadi pembantunya.
Dengan izin dan restu Abu Talib berlayarlah Nabi Muhammad s.a.w. mengepalai satu kafilah perniagaan yang sangat besar dengan dibantu oleh Maisara. Inilah pertama kalinya Nabi Muhammad s.a.w. mengendalikan perniagaan besar sendirinya tanpa Abu Talib yang sering menemaninya ke mana-mana.
Di Syam, Maisara memerhatikan dengan penuh takjub penggendalian Rasulullah s.a.w. yang luar biasa dan mendatangkan hasil yang luar biasa, semuanya: kejujuran, keikhlasan, kesederhanaan, tanpa sebarang penipuan, kepalsuan, propaganda, pemerasan dan sebagainya yang selama ini merupakan salah satu cara melipat gandakan keuntungan. Maisara berazam untuk menceritakan segala-galanya kepada Saidatina Khadijah, demi ingin supaya Muhammad s.a.w. menjadi pengurus harta itu buat selama-lamanya.
Di Mekah… Saidatina Khadijah dan Abu Talib menunggu-nunggu kepulangan kafilah Muhammad s.a.w. dengan debaran, takut dan bimbang jikalau sesuatu yang buruk menimpa Muhammad s.a.w. Abu Talib teringat pesanan rahib-rahib dan paderi kepadanya sewaktu pertama kali ke Syam dahulu “supaya menjaga Muhammad s.a.w. baik-baik, sesuatu yang amat besar akan berlaku kepada dirinya dan umatnya, ada yang tidak senang akan cuba membunuhnya.” Inilah yang menyebabkan Abu Talib menyesal membenarkan Muhammad s.a.w. pergi ke Syam.
Dan… sampailah saat yang ditunggu-tunggu. Dari pinggir kota Mekah terdengarlah berita bahawa kafilah Muhammad s.a.w. sedang menuju ke kota Mekah, membawa keuntungan dan barang yang belum pernah ada sebelumnya, gemparlah kota Mekah, terdengarlah sorak sorai menunggu barang-barang indah dari Negara Syam. Saidatina Khadijah pula ditengah-tengah pujian-pujian temannya, menunggu, kedatangan Muhammad s.a.w. menemuinya dengan penuh kesabaran. Sesampainya di Mekah, Muhammad s.a.w. terus meminta izin untuk menemui Saidatina Khadijah dengan penuh adab sopan, keikhlasan dan kerendahan hati, Muhammad s.a.w. menyerahkan segala keuntungan dan barang-barang perniagaannya serta menceritakan pengalamannya di negeri Syam, kenangan-kenangannya sewaktu di sana bersama Abu Talib dahulu, perbualannya dengan rahib-rahib dan paderi, di persinggahan mereka, setelah itu keluarlah Muhammad s.a.w. membawa wang yang berlipat ganda hasil dari titik peluhnya. Semua yang ada di majlis itu sepakat mengatakan:-
“Sebenarnya Muhammad itu bukan manusia biasa.”
Pada malamnya Maisara menceritakan segala keistimewaan yang dilihatnya mengenai Muhammad s.a.w. antara lain betapa para rahib dan paderi yang mereka temui memuliakannya, menjemput dan menjamu Muhammad s.a.w. di tempat-tempat ibadat mereka dan memberitahu Maisara bahawa pada Muhammad s.a.w. ini terdapat segala tanda-tanda dan sifat-sifatnya yang tersebut di dalam Taurat dan Injil bahawa “Dialah Nabi yang ditunggu-tunggu, dialah akhir segala Rasul-rasul.”
Mendengar itu debarannya begitu kencang, ia mengarahkan supaya semua fakir miskin di kota Mekah diberi makan dan sedekah daripada keuntungan-keuntungan yang diperolehi. Namun, debaran hatinya tidak dapat ditanggung seorang diri, ia mesti menemui Warqah bin Naufal anak bapa saudaranya, seorang rahib yang sangat warak dan arif tentang isi-isi Taurat dan Injil.
Setelah mendengar Khadijah, Warkah mengatakan: “Tidakkah engkau ingat wahai Khadijah, ketika engkau meminta aku meramalkan mimpimu, bahawa engkau bermimpi melihat matahari bersinar terang benderang, kemudian matahari itu masuk ke rumahmu, cahayanya menyinari kota Mekah dan kemudian menyinari seluruh alam ini! Bukankah telah ku katakan; Bahawa engkau akan berkahwin nanti, dan suamimu itu akan menjadi seperti matahari yang kau lihat itu, ya, manalah tahu, Muhammad itulah yang akan menjadi Nabi umat ini, kalau itulah pilihanmu memanglah tepat sekali. Wahai Khadijah, segala keistimewaan yang ada padanya, semuanya telah kubaca dalam Taurat dan Injil.”

MENJADI ISTERI AL-AMIN

Pulanglah Saidatina Khadijah dengan suatu azam bahawa ia akan menjadi isteri Muhammad s.a.w. dan memang tidak menyalahi hukum dan adat, andainya wanita menyatakan cita-cita yang demikian kepada seorang lelaki yang tidak ada tolak bandingnya. Namun demikian Saidatina Khadijah ingin mengetahui sama ada Muhammad s.a.w. menerimanya atau tidak, untuk itu ia berbincang dengan adiknya Ha’alah dan beberapa orang sahabat-sahabatnya, akhirnya mereka memilih Nafisah binti Mambah untuk menemui Rasulullah s.a.w. menyatakan hasrat suci Saidatina Khadijah.
Dengan rasa rendah hati Rasulullah s.a.w. menyatakan : “Siapakah aku ini jika dibandingkan dengan Khadijah, aku berasal dari anak yatim Quraisy sedangkan ia penghulu Quraisy ini.” Dengan kebijaksanaan Nafisah akhirnya Nabi Muhammad s.a.w. meminta tangguh untuk berunding dengan Abu Talib, dan terkejutlah Abu Talib dengan perbicaraan anak saudaranya itu, akhirnya ia bersuara: “Wahai anakku, walaupun engkau tidak mempunyai harta tetapi engkau kaya dengan kemuliaan dan ketinggian budi.”
Jawab Muhammad s.a.w.: “Wahai ayahanda anakanda tidak pernah mengangankan harta kekayaan.” Tidak lama kemudian rombongan peminangan dan akad perkahwinan Nabi diketuai oleh Abu Talib telah disambut baik oleh keluarga Saidatina Khadijah yang diketuai oleh bapa saudaranya Amru bin Asad dan abangnya ‘Amru bin Khuailid’ dengan mas kahwin sebanyak 20 ekor unta.
Perkahwinan ini dirayakan oleh seluruh penduduk kota Mekah Al-Mukaramah dengan gembiranya.
“Berbahagialah Saidatu Quraisy di samping Amin Quraisy”
PENGORBANAN-PENGORBANAN DAN KETOKOHANNYA
Kebahagiaan rumahtangga Rasulullah s.a.w. bertambah dari hari kehari dengan bertambah 3 orang putera dan 4 orang puteri Rasulullah s.a.w. Tetapi tidak lama kemudian berlakulah ujian-ujian Allah keatas keluarga ini, dengan pemergian dua orang puteranya – Al Qasim Abdullah buat selama-lamanya. Menitislah air mata Nabi s.a.w. perlahan-lahan dengan kesedihan yang tiada tertahan, sebagai seorang ibu yang melahirkan, Saidatina Khadijah juga merasa pilu tiada terkira. Tetapi melihat kesedihan suaminya yang tercinta ia memendamkan saja kepiluannya, dikumpulkan segala daya hatinya untuk melahirkan ketenangan dan kesabaran. Pengorbanan perasaannya ini telah dapat menghiburkan hati Rasulullah, hingga kembalilah suasana keluarga seperti biasa, ketika Rasulullah s.a.w. sering pergi beruzlah, mendaki puncak-puncak bukit, meredah sahara yang luas, menerawang angkasa lepas, meneliti kejadian alam dengan segala keindahan dan keganjilannya, kemudian berkhalwat di Gua Hira’, beribadat dengan khusyuk dan tawaduk mengikuti ajaran agama Ibrahim a.s., dengan dorongan dan pengorbanan Saidatina Khadijah yang tidak akan mampu dilakukan oleh orang lain.
Sebagai seorang isteri Saidatina Khadijah sangat mengerti dan memahami kegemaran suaminya itu, setiap kali pemergiannya Khadijah akan membekalkan Rasul dengan makanan-makanan kegemarannya, iaitu serbuk ataupun pecahan-pecahan gandum, sedikit garam, minyak zaitun, tamar dan air zam-zam, seringkali pula Saidatina Khadijah menghantar khadam-khadamnya mencari untuk mengetahui khabar beritanya atau memberi bekalannya.
Setiap kali kepulangannya pula disambut oleh Khadijah dengan penuh kasih sayang. Bualan-bualan mesra dan cerita-cerita yang menyenangkan, kerana ia yakin suaminya sedang melalui satu proses yang amat sukar dalam meningkatkan kerohaniannya dan maqamnya di sisi tuhan Rabbul Jalil, malah seringkali apabila Nabi s.a.w. menceritakan kebimbangan dan keresahan hatinya dengan apa yang ia alami di Gua Hira, Khadijah meyakinkan bahawa apa yang ia lakukannya itu adalah suatu yang sangat besar ertinya buat masa hadapan, ia sangat berbangga dengan keteguhan hatinya berkhalwat dalam kegelapan Gua Hira dan beruzlah di tengah-tengah kerdipan ribuan bintang-bintang memikirkan kejadian alam dan hakikat ketuhanan.
Satu ketika Rasul menceritakan kepadanya: “Ya Khadijah aku kini sering melihat berbagai-bagai jenis cahaya, berbagai-bagai jenis suara, aku takut, kalau-kalau aku akan menjadi seorang tukang tenung.” Dengan tegas Saidatina Khadijah menjawab: Tidak wahai Muhammad, iblis dan syaitan tidak akan dapat menembusi hati-hati yang suci seperti hatimu itu.”
Walau bagaimanapun untuk lebih meyakinkan ia pergi menemui Warkah bin Naufal bertanyakan soal itu, Warqah menyatakan: “Ya Khadijah aku percaya, Muhammadlah yang akan menjadi Nabi kepada umat ini seperti yang disebut oleh Isa dan Musa didalam kitab-kitabnya.”
Kenyataan ini sangat menggembirakan Saidatina Khadijah, hatinya terus berkata-kata, “Benarkah… benarkah suamiku akan menjadi Nabi?” Ia mahu supaya Nabi Muhammad s.a.w. mendengar sendiri dari mulut Warqah. Ia merasakan tidak seorang pun yang lebih sesuai menjadi teman Muhammad s.a.w. menemui Warqah melainkan sahabatnya Abu Bakar As Siddiq. Dengan dorongan Khadijah pada suatu hari pergilah Nabi Muhammad s.a.w. dengan ditemani oleh Abu Bakar As Siddiq r.a. ke rumah Warqah mendengar sendiri bukti-bukti kenabian daripadanya. Demikianlah kehangatan semangat, keteguhan peribadi yang merupakan cahaya-cahaya murni dalam hidup Rasulullah s.a.w.
Ketika umur Nabi Muhammad s.a.w. mulai menjangkau 40 tahun, Nabi mula menceritakan kepadanya bahawa segala perkara yang dilihat dalam tidurnya akan benar-benar berlaku dan dilihatnya pada masa jaganya atau apa yang disebut sebagai ‘rukya-As-Sadaqah’.
Kemudian Nabi mula merasakan bahawa cahaya iman begitu kuat menembusi hatinya, bahawa kalimah ‘Lailahaillallah’ begitu bergema disanubarinya, bahawa Allah melihat segala kelakuan manusia walau sebesar zarah sekalipun, bahawa kaumnya telah begitu jauh sesat.
Siapakah akan menunjukkan jalan-jalan kebenaran kepada kaumnya? Siapakah yang akan menunjukkan jalan-jalan hidayah kepada kaumnya? Persoalan-persoalan ini begitu berat dirasakannya dan hanya Khadijah orang yang dapat memahaminya, Khadijah dapat merasakan bahawa saat-saat kenabian dan kerasulan sudah hampir tiba.
Benarlah sangkaan-sangkaannya, satu hari di pertengahan bulan ramadhan, pulanglah Nabi s.a.w. dari gua Hira’ dalam keadaan yang sungguh mendebarkan, dengan ketakutan, peluh-peluh sejuk membasahi jasadnya, Nabi meminta Khadijah menyelimutinya, berada disampingnya mententeramkan perasaannya, meredakan ketakutannya, setelah tenang sedikit barulah Nabi menceritakan segala peristiwa kedatangan Jibril a.s. mengajarkannya wahyu yang pertama. Sebagai seorang isteri yang bijak bistari Khadijah mendengar dengan penuh minat dan khusyu’ segala curahan hati suaminya yang sedang dilanda seribu satu macam perasaan dan persoalan, akhirnya dengan segala ketenangan dan keyakinan yang ada padanya terukirlah sebuah senyuman diiringi dengan kata yang masyhur: “Gembiralah, tenangkanlah hatimu wahai Muhammad demi Tuhan yang menjadikan diriku, Allah tidak sekali-kali akan menghinamu, engkaulah sesungguhnya selama ini menghubungkan silaturrahim, menjalankan amanah, melaksanakan tanggungjawab, memuliakan tetamu, mengembalikan hak-hak kepada tuannya dan kaulah orang yang benar percakapannya.”
Kata-kata Khadijah begitu dingin dan damai mengalir menyirami hati Muhammad s.a.w. yang sedang dilanda kebingungan, kebijaksanaannya memilih kata-kata untuk mengembalikan ketenangan kepadanya, sangat-sangat disanjung tinggi oleh Nabi Muhammad s.a.w. namun demikian Saidatina Khadijah terus berada disampingnya sehinggalah Nabi terlena oleh keletihannya.
Sebenarnya Saidatina Khadijah pun merasa takut, apakah yang telah berlaku kepada suaminya, ia benar-benar takut dan dengan diam-diam ia keluar mencari Warqah, menceritakan segala-galanya, dan dengan gembira Warqah menyatakan: Bukankah telah ku katakan dulu wahai Khadijah, dialah Nabi umat ini, itulah Malaikat yang mendatangi Musa a.s. dahulu, tenangkanlah hatinya…” Mendengar itu Khadijah bagaikan melayang-layang ingin segera sampai kepada Muhammad s.a.w. tetapi sebaik-baik sampai sahaja dilihatnya sesuatu yang mendebarkan hatinya berlaku pula. Muhammad s.a.w. menggigil, menggeletar, peluh dingin mercik didahinya sedang bibirnya menyebut-nyebut ayat ‘Yaaiyuhalmuddatsir’ perlahan-lahan dengan penuh penghargaan Khadijah datang membelai Rasulullah s.a.w. dan bertanya:
“Apakah yang telah berlaku wahai Abal Qasim?”
“Jibril mendatangi aku lagi dan menghafalkan kepada aku ayat-ayat yang sedang kubaca ini.”
“Ya Abal Qasim, sekiranya sahabatmu itu datang lagi, beritahulah kepadaku.”
“Baiklah.” Jawab Nabi.
Tidak lama kemudian datanglah lagi Jibril, Rasul pun segera memanggil Saidatina Khadijah, lalu Saidatina Khadijah memanggil pula Nabi datang menghampirinya sambil bertanya:
“Sekarang adakah kau masih melihatnya?”
“Ya, aku melihatnya.” Sedangkan Saidatina Khadijah tidak melihat Jibril a.s.. Kemudian Saidatina Khadijah meminta Nabi Muhammad s.a.w. memasukkan kepalanya kedalam baju Saidatina Khadijah sambil bertanya lagi.
“Sekarang adakah kau masih melihatnya?”
“Tidak!” jawab Rasulullah s.a.w.
“Bagus, kalau begitu memang benarlah ia seorang Malaikat, kerana sekiranya ia syaitan, ia tidak mempunyai sifat malu.”
Kemudian Saidatina Khadijah menceritakan apa yang dikatakan oleh Warqah tadi dan tanpa diminta oleh Nabi s.a.w. Saidatina Khadijah menyatakan keimanan yang mutlak terhadap kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan ia benar-benar meyakini bahawa suaminya itulah Nabi yang ditunggu-tunggu selama ini, dengan itu Saidatina Khadijah merupakan orang yang pertama beriman kepada Rasulullah s.a.w. dimuka bumi ini.
Dengan peristiwa bersejarah ini keluarlah Nabi Muhammad s.a.w. dari uzlah membawa wahyu, memberi khabar suluh dan daulah, gambaran derita, didunia ini dan diakhirat nanti, dakwah dan risalah ini disambut baik oleh golongan bawahan, tetapi ditentang hebat oleh golongan atasan. Penentangan ini membawa kepada penderitaan dan penyiksaan terhadap Rasulullah s.a.w. dan pengikut-pengikutnya, seribu satu macama tekanan dan siksaan itu ditanggungnya bersama-sama Saidatina Khadijah r.a. Ia telah menggunakan segala pengaruh dan harta yang ada olehnya untuk mempertahan dan memperkuatkan perjuangan Rasulullah s.a.w. di saat-saat penuh dengan ketegangan dan api hasad dendam ini, hanya diruang rumahlah Rasulullah s.a.w. mendapat kedamaian, senyuman dan kemanisan wajah Saidatina Khadijahlah nabi mendapat penawar segala derita yang menimpa dalam perjuangannya.
Hinggalah disaat-saat genting perjuangan ini apabila suku-suku Quraisy sepakat untuk memulaukan dan mengenakan sekatan ekonomi yang amat dahsyat terhadap keluarga Nabi dan pengikutnya, dengan menggunakan kekerasan mereka telah menghimpunkan keluarga Nabi dan pengikutnya di satu wadi/lembah di tengah-tengah kota Mekah yang dipanggil ‘Sya’ba Hasyim’. Kemasyhuran permulaan ini mereka tulis dan digantung didalam Ka’abah. Peristiwa pahit ini berlaku dan bermula pada malam pertama, bulan pertama, tahun ketujuh selepas ba’sah (kebangkitannya) sebagai Rasul s.a.w., sehingga tiga tahun lamanya. Dalam peristiwa ini, sebenarnya tidak ada sesiapa yang dapat memaksa Saidatina Khadijah untuk keluar rumahnya kerana kedudukannya dan hartanya, tetapi Saidatina Khadijah dengan kerelaan hatinya sendiri, demi kasihnya kepada suaminya, demi keimanannya kepada kerasulannya, ia keluar bersama-sama puternya, mengikut Rasulullah s.a.w. dan pengikutnya meninggalkan segala kemewahan dan kesenangan hidup, hinggalah apabila mereka dibebaskan oleh sebab ‘kertas pemasyhuran’ itu dimakan anai-anai kecuali perkataan Allah. Saidatina Khadijah telah dibawa keluar dalam usungan dari Sha’ba Hasyim itu kerumahnya, ia telah jatuh sakit kerana penderitaan-penderitaan yang dialami selama tiga tahun itu. Sejak didalam usungan sampailah di rumah mereka, Nabi Muhammad s.a.w. dan puterinya tidak pernah berenggang darinya, walaupun sakitnya semakin hari semakin tenat, namun demikian tiada keluhan, tiada rintihan, tiada penyesalan darinya malah api semangatnya terus membara memberi sumber kekuatan yang tidak ada taranya kepadanya dan para sahabat-sahabatnya berjuang mendaulatkan Allah Rabbul A’lamin.
Tiga hari kemudian Saidatina Khadijah dengan damai dan sejahtera menghembuskan nafasnya yang akhir menyahut seruan PenciptaNya, meninggalkan Rasulullah s.a.w. dan puterinya dalam kesedihan yang tiada taranya.

Demikianlah Saidatina Khadijah telah lama meninggalkan kita, tetapi api semangat, kegigihan, pengorbanan tetap kekal membara untuk selama-lamanya. Menjadi inspirasi perjuangan para Mujahidin dan Mujahidat dalam usaha mengembalikan Islam ke zaman kegemilangannya.

Oleh Ustazah Fauziah Thani
Kolej Islam Kelang

    واللهُ أعلَم.




Monday, December 17, 2018

Haiwan dan Haidh.

Hai semua! Alhamdulilah berjumpa lagi kitaa. 

Hari ni kami nak bagitahu kenapa tajuk post haiwan dan haidh. Haiwan pun haidh kee? Nak tahu jawapan? Bacalah sampai habis yee. 



Bukan perempuan je tau yang datang haid ni tapi terdapat juga beberapa haiwan yang datang haidh tauu. Aipp jangan terkejut okay. Ada hikmah mengapa Allah memilih beberapa haiwanitu  untuk keluar haidh jugak tauu. 

Antara haiwan yang keluar haidh jugak ialah seperti arnab,cicak,anjing,unta,serigala, kelawar dan kuda. Keluarnya darah itu memberi manfaat kepada haiwan-haiwan tersebut kerana ia dapat menormalkan kembali tabiat dalam badan haiwan-haiwan itu.Lantaran haid dianggap sebagai penyembuh dan sekiranya haid yng terkumpul, terus bertahan di dalam badan haiwan-haiwan ini, nescaya ia akan mendatangkan kemudharatan kepada haiwan-haiwan  itu. Maka,keluarnya darah itu akn mensejahterakan ( menormalkan kembali) tabiat badan haiwan-haiwan ini. 
(Sumber Rujukan:Hadiah untuk insan yang mulia, Al-Fadhil Ustaz Mansoor bin Ismail al-Hafiz, T.T: Miftahul Ulum Sri Petaling, Kuala Lumpur. Muka surat 24.) 

Jadi setiap yang Allah aturkan ada hikmahnya. Maha Pemurah dan Pengasihnya Allah terhadap hamba-hambaNya. Hari ini kita sama-sama mendapat ilmu baru. InsyaAllah apa yang kita tahu ini dapat la kita sebarkan kepada member-member kita supaya dorang pun tahu jugak ilmu ini. tak baikkan kalau kita kedekut ilmu ni kann. 

 واللهُ أعلَم.

Apakah Makna Disebalik الخيض ??

Haid ini memang perkara yang sangat tidak asing lagi bagi kita di dunia ini lebih-lebih lagi bagi kaum wanita. Haid ini memang perkara yang berlaku kepada wanita setiap bulan. Tetapi dalam ke kefahaman kita tentang haid ini? Mungkin ada yang arif dan mungkin ada jugak yang jahil yang  hanya tahu bila datangnya haid kita tak perlu solat, tak perlu puasa dan lain-lain.Wanita memang amat perlu arif dalam bidang ini kerana mereka yang mengalaminya, tetapi penting juga bagi kaum lelaki untuk memahaminya dan mengetahuinya supaya dan mengajar kepada adik-beradik perempuan, isteri dan anak-anak pada suatu hari nanti. Selain itu, bukan itu je kepentingan untuk mengetahui haid ini, mengetahuinya juga adalah supaya kita tahu pekara yang boleh dilakukan dan haram dilakukan oleh perempuan ketika mereka haid. Jadi perlulah kita sama-sama mengetahui tentang haid ini. Nak tahu lebih lanjutt? Meh kita scroll ke bawah lagii.





















ehh kat sinilahh..

Haidh dari segi bahasa ialah mengalir.

Haidh dari segi syara' pulak ialah darah semulajadi yang normal yang keluar dari pangkal rahim perempuan yang telah baligh dalam keadaan sihat pada waktu tertentu.


(Sumber rujukan: Al-Fiqh Al-Manhaji:Ibadat Dalam Fiqh Al Syafi'i, Zulkifli Mohammad al-Bakri, Cetakan kelapan 2018: Darul Syakir Enterprise. Muka surat 193.)



Jadi ini lah makna haid. tapi ini baru makna haid je belum lagi masuk perbahasan tentangnya lagi tauu. Jadi kita sambung dengan satu perkara yang agak penting untuk diketahui iaitu: 



PENGENALAN DARAH DAN PEMBAHAGIANNYA 

Kami mendapat pengetahuan yang mendalam tentang perkara ini daripada hasil karya seorang ustaz yang hebat iaitu Al-Fadhil Ustaz Mansoor Bin Ismail al-Hafiz.
Adalah menjadi satu perkara yang sangat penting bagi seorang wanita mengetahui serta mengenalpasti:
·         Darah kuat dan darah lemah
·         Warna darah haid
·         Unsur-unsur utamanya
Kerana darah haid tidak bermula dan tidak berakhir dengan satu sifat atau warna tertentu sahaja bahkan, kadang-kadang darah haid berubah warna daripada satu tahap kepada satu tahap yang lain.

PENGENALAN DARAH

Indentiti darah dapat dikenali dengan dua sifat:
           Pertama: kuat
           Kedua: lemah 
Darah kuat dan darah lemah dapat dikenalpasti dengan melihat kepada 3 unsur iaitu:
·         Warna darah
·         Sifat darah ( rasa semasa keluar darah)
·         Bau darah

WARNA DARAH

Kebiasaannya, darah yang keluar daripada rahim wanita terbahagi kepada 5 warna :
1.       Hitam
2.       Merah
3.       Merah kekuningan (kuning keemasan)/ perang
4.       Kuning
5.       Keruh(kunig keputih-putihan)/ tidak jernih 

SIFAT DARAH

Kebiasaan darah yang keluar itu adakalanya pekat dan dan disertai dengan panas (hangat) dan adakalanya tidak pekat iaitu cair dan adakalanya keluar tanpa disertai dan adakalanya keluar dengan rasa sakit.

BAU DARAH

Kebiasaannya darah itu berbau busuk iaitu bau busuk darah dan adakalanya tidak berbau langsung.

PERMASALAHAN YANG MUNGKIN BERLAKU:

Jika berhimpun 3 darah iaitu darah yang kuat dengan :
·         Darah yang lemah dan
·         Darah yang lebih lemah daripadanya ( seperti darah hitam berhimpun dengan darah merah dan darah kuning)
Maka darah yang berwarna hitam dan merah itu dihukumkan sebagai haid ( yakni darah yang kuat dan darah yang lemah itu dihukumkan sebagai haid).
Tetapi,darah yang dihukumkan sebagai haid itu mestilah memenuhi tiga syarat:-
1.       Hendaklah didahului oleh darah hitam ( darah kuat)
2.       Darah yang berwarna merah ( darah lemah ) mestilag bersambung masanya dengan darah yang berwarna hitam
3.       Himpunan darah hitam dan darah merah mesti tidak melebihi daripada 15 hari. 
Jadi inilah serba sedikit yang dapat kami kongsikan untuk pembaca sekaliann. Sesungguhnya mengenali sifat-sifat darah ini adalah sangat penting kerana banyak hukum darah berlandaskannya yakni dengan mengenali darah kuat, darah lemah, warna darah, sifat darah dan bau darah bersama kategori dan huraiannya, ia akan membantu untuk  membezakan (tamyiz) haid dan istihadah yang keluar 15 hari  dan sebagainya. Sebaliknya  kesemua jenis/ macam/ bagai warna, sifat dan kategori darah yang tidak melebihi  15 hari adalah haid kerana ia keluar pada masa yang  boleh haid dengan syarat-syaratnya yang tertentu.- Penyusun.





(Sumber Rujukan:Hadiah untuk insan yang mulia, Al-Fadhil Ustaz Mansoor bin Ismail al-Hafiz, T.T: Miftahul Ulum Sri Petaling, Kuala Lumpur. Muka surat 24.)  


                                                                                           واللهُ أعلَم.